Make your own free website on Tripod.com

Kolej / Ma'ahad Hafiz

Laman Utama | Tentang Kami | Bahagian | Lokasi | Hubungi Kami

Tentang Kami

Para ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai sejarah ringkas Kolej / Ma'ahad Hafiz ini.

Berikut adalah serba-sedikit sejarah perkembangan institusi pendidikan kami di kawasan Klang ini.

Kolej / Ma'ahad Hafiz

SEJARAH RINGKAS HAFIZ

 

1983  - Institut Hafiz ditubuhkan di pusat bandar Klang sebagai pusat    tuisyen bermula dengan satu tingkat yang mempunyai 3 kelas.

 

1986  - Restoran Hafiz ditubuhkan untuk menampung pengurusan makanan pelajar asrama dan waktu rehat pelajar.

 

1987  - Institut Hafiz (cawangan Klang) ditubuhkan di Jeram, Sungai Buluh Kuala Selangor.

 

1989  - Kolej Hafiz ditubuhkan untuk mengadakan peperiksaan STPM dan Diploma.

 

1993   - Madrasah Hafiz Klang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan Profesional Islam yang hafiz Al-Quran.

 

1999   - Madrasah Hafiz Sungai Pinang ditubuhkan dengan masjid lama Sungai Pinang sebagai tempat pembelajaran.

 

2000   - Tadika Hafiz ditubuhkan untuk penyediaan pelajar-pelajar Tahfiz Al-Quran di peringkat pra-sekolah.

 

2001   - Sekolah Rendah Hafiz ditubuhkan untuk menyediakan pelajar Tahfiz Al-Quran peringkat menengah rendah.

           -   Sekolah Menengah / Ma'ahad Hafiz (cawangan Sungai Pinang) yang baru, ditubuhkan untuk menampung pelajar yang semakin bertambah.

 

2002   - Mendapat pengiktirafan Diploma Ma'ahad dari Universiti Islam Madinah dan Universiti al-Azhar Mesir.

            -  Penghantaran pertama pelajar-pelajar Hafiz ke Universiti al-Azhar dan Universiti Islam Madinah.

            -  Perintis pertama pelajar perempuan Malaysia dalam bidang Tahfiz al_Quran dan Qiraat peringkat Ijazah ke Universiti Al-Azhar Mesir.

 

2003    - Pusat Tuisyen Hafiz ditubuhkan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pengajian akademik.

 

2004    - Mendapat pengiktirafan yang pertama di Malaysia dari Universiti Al-Azhar ke fakulti Al-Quran cawangan Tanta.

            -     Menghantar kertas kerja Pengiktirafan Ijazah Lanjutan Master Fakulti Al-Quran Universiti Al-Azhar cawangan Tanta ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia – UIA – KUIM – JAPIM – JAKIM – JPA.

            -     Mendapat kelulusan dari Lembaga Akridetasi Negara (LAN) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam mengendalikan kursus peringkat Diploma "Tahfiz al_quran dan Qiraat" / kursus peringkat Diploma Syariah dan Tahfiz dalam proses untuk mengendalikan kelulusan.

Falsafah Kami

Ke arah melahirkan golongan professional yang hafiz Al-Quran. Justeru, mereka ini akan cemerlang di dunia juga di akhirat. Insya'Allah.

Kolej / Ma'ahad Hafiz, Jalan Batu 3, 41300 Klang,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3342 5872 / Fax: 03-33410904