Anak yang dilahirkan adalah anugerah ALLAH
dan harta yang tiada bandingan di muka bumi. Sebenarnya anak dilahirkan untuk membantu kita hidup di dunia dan di akhirat
yang kekal abadi. Perlu diingat anak adalah amanah ALLAH yang perlu dibesarkan untuk menjadi khalifah di mukabumi. Oleh itu
ibu bapa berkewajipan untuk menyempurnakan tanggungjawab dengan penuh tawadhu'. Oleh itu ibu bapa harus membekalkan anak-anak
dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang sepatutnya diperoleh pada usia akil baligh.
Oleh yang sedemikian, untuk mengukuhkan lagi
ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang disampaikan di pra sekolah (Tadika), kami bagi pihak Kolej/Madrasah Hafiz telah menubuhkan
Sekolah Rendah Hafiz. Di sekolah rendah ini, pelajar-pelajar dibimbing untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk selama 6 tahun
iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6 (1 tahun = 5 juzuk) disamping madah-madah asas yang dipelajari. Sistem pengajian KBSR
pula melayakkan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan UPSR dan tamat pengajian sekolah rendah di bawah sukatan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Sekolah
Rendah Hafiz, Batu 2, Jalan Kapar, 41300 Klang Selangor.
Tel
: 03-33425872 / 03-33440030
Fax:
03-33410904
|